Wednesday, September 8, 2010
Email
Make My Homepage
RSS

Register

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Discover Malaysia

 

Kedah – The Rice Bowl of Malaysia

 

Kedah, together with the neighbouring state of Perlis are traditionally known as the 'Rice Bowl of Malaysia'. Vast stretches of rice fields dominate Kedah's panoramic landscape.

 

Alor Setar, its capital, is home to many old buildings which still stand in their original form together with other relics of the past. Relics uncovered at the Bujang Valley, at the foothills of Gunung Jerai, Kedah's hill resort, point to Hindu-Buddhist influence dating back to the fourth century A.D. The findings are now displayed in the Archeological Museum at the site and include Chinese porcelain and gemstones from the Middle East.

 

Kedah's most famous destination is Langkawi, known the world over for its idyllic setting, legends and myths. Langkawi comprises a group of 99 islands, each with its own natural appeal. Among the prominent ones are Pulau Dayang Bunting (Isle of the Pregnant Maiden), Pulau Singa Besar, a wildlife sanctuary, Pulau Payar, a marine park and Pulau Beras Basah (Isle of Wet Rice), a popular spot for swimming.

 

 


[State : Kedah]

Enterpreneur
Skim PROSPER Runcit
 
 
 

runcit_logo.png

 

Pakej Keusahawanan PROSPER Runcit merangkumi :
1. Pembiayaan Perniagaan A & B berasaskan Syariah
2. Kemahiran Keusahawanan

1. PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BERASASKAN SYARIAH

a) Pakej A - Pembiayaan daripada RM70,000 sehingga RM200,000

i. Pembiayaan Perniagaan
Pakej ini, menawarkan pinjaman yang berlandaskan Qard Al-Hassan, di mana peminjam perlu memulangkan segala wang pokok secara berjadual. Melalui pakej ini, usahawan perlu menyumbang sekurang-kurangnya 10% manakala PUNB menyediakan pinjaman sehingga 90% dari keseluruhan kos projek tertakluk kepada had maksimum RM200, 000.

prosper_bm_calcth3.gif

ii. Perkhidmatan Perniagaan
Selain daripada pembiayaan, Pakej A juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan. Perkhidmatan ini dikenakan caj yang berpatutan kepada usahawan.

b) Pakej B - Pembiayaan daripada RM200,001 sehingga RM1,000,000

i. Pembiayaan Perniagaan
Pakej ini menawarkan pembiayaan terhad kepada RM1 juta melalui Musyarakah Mutanasiqah (suntikan eukiti), Bai Al Inah (BAI), Bai Bithanam Ajil (BBA) dan/atau mana-mana instrumen pembiayan bergantung kepada keperluan perniagaan yang dicadangkan. (Struktur syarikat mestilah Sendirian Berhad kecuali untuk stesen minyak)

Dalam projek ini, jika usahawan hanya menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 10%, PUNB akan menyuntik ekuitinya sebanyak 10% untuk menjadikan jumlah ekuiti syarikat sekurang-kurangnya 20% daripada kos projek dan selebihnya adakan dibiayai melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian.

prosper_bm_calcth1.gif

Tetapi jika usahawan dapat menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 20%, maka baki kos projek tersebut sebanyak 80% akan dibiayai oleh PUNB melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian.

prosper_bm_calcth2.gif

 

ii. Pakej Pinjaman & Perkhidmatan
Selain daripada pembiayaan, Pakej B juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan.

2. KEMAHIRAN KEUSAHAWAN

PUNB juga menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan seperti kursus kesedaran dan motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat dari semasa ke semasa.

BIDANG PERNIAGAAN
PROSPER Runcit menawarkan peluang perniagaan runcit dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Kedai emas
  • Pengusaha stesen minyak
  • Bengkel baik pulih kenderaan
  • Klinik pakar/ perubatan/ gigi/ haiwan
  • Kedai tekstil & pakaian
  • Kedai cermin mata/ optik
  • Firma arkitek/ akauntan/ guaman dan lain-lain firma professional yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Kedai logam & bahan binaan
  • Farmasi
  • Penjualan makanan
  • Kedai kasut/ barangan kulit
  • Kedai kosmetik & kecantikan
  • Kedai aksesori wanita
  • Kedai peralatan komputer/ telekomunikasi & IT
  • Kedai buku & alatulis
  • Kedai herba dan ubatan tradisional
  • Peralatan sukan dan rekreasi
  • Kedai elektrik & elektronik
  • Kedai runcit/ pasar mini
  • Lain-lain perniagaan yang bersesuaian


SYARAT KELAYAKAN

Usahawan

  • Bumiputera
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri - ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus - kursus yang dikenal pasti
  • Mempunyai rekod yang baik dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa
  • Membiayai sekurang - kurangnya 10% daripada jumlah kos projek

Perniagaan

  • Bidang peruncitan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputra
  • Perniagaan yang berdaya maju dengan pembiayaan tidak melebihi RM 1 juta
  • Perniagaan yang tidak mempunyai bantuan kewangan dari institusi kewangan yang mengambil cagaran ke atas sebahagian aset syarikat
  • Lokasi perniagan telah dikenal pasti

Proses Permohonan
Proses pendaftaran dan kelulusan pembiayaan projek adalah seperti berikut;

proces_pembiayaan.jpg


Cara Memohon

Borang pendaftaran boleh didapati daripada Sekretariat PROSPER secara percuma atau daftarlah secara talian terus (online) melalui laman portal ini. Borang yang diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada:

Sekretariat PROSPER 
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel :  This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

 
Home arrow Enterpreneur
Copyright © 2008 - 2010 myDirectory.my. All Right Reserved Tatapan Seri (M) Sdn Bhd.Designed by sevenserver.net